OVER CLOCKING PC

Download Tutorialnya Disini

Agak simple🙂 Overclocking ialah membenarkan atau memaksa komputer anda berfungsi melebihi tahap pemprosesan yang ditetapkan oleh manufacturer. Kenapa kita ‘overclock’ komputer kita. Lain orang lain pendapat mereka, sesetengah orang berpendapat mereka dapat mengurangkan perbelanjaan membeli hardware yang mempunyai spesifikasi yang tinggi. Para gamers meng’overclock’ computer mereka kerana mereka ingin menambahkan ‘Frame per second’ FPS rate mereka dalam permainan.

Adakah overcocking membawa kepada risiko merosakkan komponen komputer.
Ya!. Dan anda juga akan menyebabkan jaminan warranty komponen komputer anda luput. Akan tetapi dengan berpandukan tunjuk ajar asas dalam artikel ini, risiko untuk rosak adalah sangat rendah. Terlalu panas dan voltan adalah factor utama yang menyebabkan kerosakan komponen komputer. . Overclock at your own risk! Saya tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kerosakan yang berlaku semasa atau selepas anda overclock komputer anda.

Komponen asas Overclocking

Casing komputer: terdapat dua jenis casing komputer yang saya ingin ketengahkan.
Pertama ialah casing generic yang biasa digunakan oleh kebanyakkan komputer. Jika anda menggunakan casing jenis generic pastikan anda mempunyai airflow yang sangat baik untuk memastikan haa tidak terperangkap di dalam casing. Anda perlu mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli kipas dan dipasangkan kepada casing anda dengan memastikan casing anda mempunyai blow-in fan dan blow-out fan. Hal ini bagi memastikan aliran udara sentiasa berjalan dan tidak terperangkap.
Kedua ialah casing seperti
Thermaltake, Enlight, Lian-Li dan beberapa jenama yang terkemuka. Casing-casing keluaran syarikat-syarikat yang tersebut sudah menepati beberapa syarat utama untuk overclocking dan casing keluaran mereka mempunyai ‘air flow’ yang sangat baik.

Power Supply: Anda memerluka power supply yang berkualiti untuk overclocking, kerana anda akan bermain dengan violtan kuasa serta beberapa bekalan kuasa tambahan diperlukan untuk memastikan kipas casing, system penyejuk CPU dan sebagainya yang memerlukan voltan tambahan untuk beroperasi. 350 Watt power supply adalah yang paling minimum. Sungguhpun kebanyakkan generic casing sudah disertakan bersama power supply tetapi saya menasihatkan pembaca supaya mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk membeli power supply yang branded seperti Antec, HEC, Thermaltake dan Enlight. Tambahan pula jika pembca menggunakan unit pemproses utama AMD yang memang terkenal sebagai pengguna extreme bekalan kuasa.

Motherboard/ Papan induk: Papan induk merupakan komponen terpenting untuk overclock. Papan induk memainkan peranan utama dalam menjayakan misi anda untuk overclock kopmputer. Pada pendapat saya, Abit, Asus dan MSI mempunyai produk papan induk yang berkualiti dalam overclocking.

CPU: Banyakkan membuat survey, kajian dan banyakkan bertanyadan pastikan anda membuat survey harga bagi setiap kedai yang anda kunjungi sebelum memutuskan untuk mebeli CPU. Senang-senangkan diri anda untuk bersantai dan membuat kajian di database overclockers.com mengenai CPU yang paling baik untuk di overclock. Pada pendapat saya, unit pemproses Intel terbaik ialah Pentium 4 1.8 B, Pentium 4 2.4 serta 2.8 A. Manakala bagi unit pemprosesan Athlon adalah versi Athlon XP , tambahan pula dengan adanya unit pemproses yang menggunankan Barton Core sudah berada di pasaran. Akan tetapi model core T-Bred juga sudah memadai, hanya pastikan anda membeli model core T-Bred Rev B.

SISTEM PENYEJUK!!: Ini adalah perkara TERPENTING YANG TERSANGAT PENTING. Haba adalah musuh utama. Jangan sekali-kali anda cuba menaikkan nila voltan anda jika anda tidak mempunyai system penyejuk yang baik. Abaikan kipas yang disertakan semasa anda membeli CPU anda. Bagi saya GlobalWin, Alpha dan Thermal Take coolers adalah yang terbaik pada masa ini.
Semasa memasang CPU anda, penggunaan ‘thermal paste’ yang berrkualiti adalah sangat penting. Abaikan ‘thermal paste’ silicon yang disertakan bersama CPU anda. ‘Thermal paste’ jenama Arctic Silver adalah antara yang terbaik. Penggunaan ’rounded IDE cable’ adalah baik untuk memastkan aliran udara di dalam casing anda berjalan dengan baik.

RAM: Ram juga memainkan peranan penting dalam memastikan komputer anda dapat di ‘overclock’ dengan semaksimumnya. RAM PC266 dan PC333 sudah memedai. Mushkin, Crucial, Kingmax, Geil, dan Corsair adalah antara brand yang menunjukkan prestasi ‘overclockable’ yang memuaskan Pastikan anda memilih RAM yang mempunyai rating CAS yang rendah seperti CAS-2 kerana ia lebih pantas dan lebih ‘overclockable’ daripada rating CAS yang lebih tinggi.

Video Card: Video/ Display card yang berda dipasaran kini kebanyakkannya adalah ‘overclockable’. Pada pendapat saya, Display card GeForce dan Radeon adalah yang terbaik pada masa kini.

Cakera Keras/ Harddrives: Harddrives yang berkualiti tinggi memainkan peranan sebagai tembok daripada menyebabkan kehilangan data dan dan kerosakan data. Extreme overcocking dapat menjejaskan prestasi harddrives anda jika anda menggunakan harddrives yang berkualiti rendah. IBM harddrives adalah yang terbaik tetapi harganya selalunya 2 kali ganda lebih mahal daripada jenama lain. Sebagaia ganti, Western Digital dan Maxtor adalah pilihan yang bijak.

Prosedur Asas Overclocking

Jika anda telah mebina satu system komputer berdasarkan panduan di atas, sebenarnya anda telah 70 % melengkapkan pelajaran mengenai overclocking. Anda hanya perlu mempunyai system penyejukkan yang baik dan pastikan anda sentiasa peka dengan kenaikan suhu CPU anda. Papan induk yang mempunyai system monitor haba adalah merupakan advantage dalam overcocking

Setiap kali anda overclock system anda ke paras yang lebih tinggi, pastikan anda menguji kestabilan system anda dengan menggunakan beberapa program benchmark sperti siSoft Sandra Prime95 dan 3d Mark.Jangan lupa untuk peka terhadap kenaikan suhu semasa menguji kestabilan system anda!!.

Pertama, pastikan computer anda dapar berjalan/ berfungsi dengan menggunakan settings ‘default’ Objektf anda ialah untuk mencari kelajuan maksimum dan stabil untuk system anda. Oleh yang demikian, untuk;

INTEL CPUs: Tingkatkan kelajuan ‘Front Side Bus’ (FSB) sedikit demi sedikit, dan ujikan system anda untuk kestabilan system. ‘Multiplier’ unti pemproses Inteltidak boleh ditukar keran Intel telah mengunci (lock) ‘multiplier’ bagi setipa unit pemproses mereka, oleh yang demikian meningkatkan FSB adalah satu-satunya cara untuk overclock. AMD CPUs: Increase Tingkatkan kelajuan ‘Front Side Bus’ (FSB) sedikit demi sedikit, dan ujikan system anda untuk kestabilan system. Unit pemproses AMD boleh direndahkan nilai ‘multiplier’ nya. Anda mungkin terpaksa merendahkan sedikit nilai ‘multiplier’ untuk menaikkan nilai FSB. Ulang proses ini dan uji untuk kestabilan. Ulang sehingga system menjadi tidak stabil.

untuk kestabilan system. Unit pemproses AMD boleh direndahkan nilai ‘multiplier’ nya. Anda mungkin terpaksa merendahkan sedikit nilai ‘multiplier’ untuk menaikkan nilai FSB. Ulang proses ini dan uji untuk kestabilan. Ulang sehingga system menjadi tidak stabil.
Menu overclocking di dalam BIOS…. tingkatkan FSB, rendahkan multiplier dan matikan spread spectrum

Untuk prestasi terbaik dalam overclocking ialah anda dapat menggunakan system anda dengan stabil dan tiada sebarang masalah.Jika computer anda gagal untuk boot up atau crash atau muncul ‘Blue Screen Of Death’ (BSOD), bermakna system anda tidak stabil. Tingkatkan nilai voltan seperingkat setiap kali sehingga ia kembali stabil, walaubagaimanapun jika ia gagal juga, anda hanya perlu me’reset’kan BIOS anda. Untuk keselamatan, jangan naiikan voltan 10% atau 15% daripada nilai ‘default’.

Tahniah! Anda telah berjaya mempelajari asas overclocking.🙂


Screenshot daripada system cyber_x24.

Athlon 1800+ running at 1533 Mhz (default speed) with 11.5 multiplier and 133 MHz FSB
System Temperature Idle: 37 C Max Load: 40 C

Athlon 1800+ running at 1657 Mhz (overclock) with 11.0 multiplier and 150 MHz FSB. Software detect CPU as Athlon XP 2000+
System Temperature Idle: 39 C Max Load: 42 C

Athlon 1800+ running at 1732 Mhz (overclock) with 11.5 multiplier and 150 MHz FSB. Software detect CPU as Athlon XP 2100+
System Temperature Idle: 41 C Max Load: 44 C

Athlon 1800+ running at 1811 Mhz (overclock) with 11.0 multiplier and 164 MHz FSB. Di mana system saya berfungsi hampir 300 Mhz pantas daripada kelajuan asal.
System Temperature Idle: 44 C Max Load: 48-49 C

Kesimpulan bagi system saya………sistem saya tidak dapat ‘ditolak’ lebih daripada 1811 MHz selepas Overclock kerana saya menggunakan Ram Apacer brand yang bukan merupakan jenama rebaik untuk overclock. Tambahan pula saya tidak menggunakan papan induk yang ‘high-end’……….saya berjaya untuk ‘menolak’ system saya sehingga 2100 MHz semasa menggunakan papan induk N-Force 2 mobo (ABIT) berserta 2 GEIL 256 DDr-RAM dan sistem berjalan dengan stabil.

Tips and Trick Windows 7

Registry Editor

Cheat game FarmVille Facebook

Cheat Game Point Blank

Overclocking PC Komputer

150 Tips windows XP

Tutorial Download Vidio Youtube

How A Setting Modem Huawei Speedy

2 thoughts on “OVER CLOCKING PC

  1. Pingback: Ada Disini Semua. Design, Networking, Download, Heacking,Sale, Order, Tips and Trick « Men9 Lagi Ngeblog

  2. Pingback: Putrawarog's Blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s